Friday, March 12, 2010

nasihat bila dah kawin...rakan2 ku sekalian....

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak
dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan
kertas kerja yang
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan
datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba
datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia
tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya,
dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita
pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu
pada saya. "Buku
baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh,
sekadar melayan.
Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu
dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar
sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena
enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh
pinggan. Alaaa?
bacalah, papa!" Serena merengek sambil
menghentak-hentak kakinya ke
lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!"
saya jerkah
permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat
sungguh kerana
tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak
jelas matanya sedikit
berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena
beredar sambil menoleh
ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara,
"Nanti papa
bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di
pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus
berlalu, seminggu,
dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah.
Setiap kali pulang,
Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari
itu, namun tangannya
tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham
saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena
menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya
mengangguk sambil
tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena
bertanya. "Mama dah
bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya
terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan
kuat-kuat ya! katanya.
Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar
saya tatapi.
Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.
Tiba-tiba terdengar bunyi
suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi
saya cuma terganggu
seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada
akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera
menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat
berfikir, bila
pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik
memanggil isteri
sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu
benar, Serena
terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi
bantuan. Saya terus
pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia
memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri
meraung sekuat
hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil
perlahan namanya
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan.
Tatkala itu
nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina
sayang papa, Ina
sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara
dengar dan tidak
sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat
darah itu dengan
tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi
wajahnya. Tangisan kuat
isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus
memecut. Di hospital,
Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan
kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia
masih tidak sedarkan
diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang
itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi
tersekat-sekat di sisi
katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin
merumbai air mata.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.
Mungkin Serena tidak
dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya
itu. Keesokan
harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada
suara yang kuat.
Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga
Serena, sementara
isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin
terlalu marah dan
kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak
seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena
tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar
untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya
usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula
matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena
mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina
ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga
ke hari ini,
walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit
perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk
diberikan oleh seorang
lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap,
selain air mata
yang tumpah.

2 comments:

~ctnajihah~ said...

papa jahat. isk, sedey la.
tp cite la plak cite ape yg dak tu sok baca.

peddy said...

hehe....xleh..nanti nangis xberlagu sape nak jwb..??haha

Post a Comment