Wednesday, December 22, 2010

final suzuki cup 2010



ak antara 50-60k di bukit jalil saksi gol emas Malaysia yg membawa skuad negara kita ke final suzuki cup nih selepas 1996 yg terakhir...

pencapaian team Malaysia pada kali ini tidak ubah skripnya seperti sukan sea yg lepas di mana skuad kita kecundang teruk oleh pasukan Vietnam (tuan rumah) namun kita berjaya mara ke final berjmpa sekali lagi dgn tuan rumah..dan siapa sangka..emas berjaya kita raih setelah sekian lama menanti..apakah penyudah skrip yg sama bakal terjadi..??

provokasi oleh Indon yg menyerang laman2 web bola di malaysia sedikit sebanyak mencerminkan ideologi yg xbertamadun puak2 mereka..bukan semua mcm tu..segelintir yg berfikiran tragis mcm tu je la...

tindakan Fam menghadkan 16000 tiket utk indon amatlah wajar memandangkan kapasiti pekerja indon yg haram mahupun halal mencecah 2 juta di malaysia...kalo FAM tidak menghadkan..sudah pasti warna merah bakal menenggelamkan warna biru@kuning di dkit jalil nanti...

pada semi final yg lepas..ak ngan kawan2 ak dr kedah ke kl sanggup semata2 utk memberi sokongan utk pasukan kita...dan hasilnya mmg berbaloi...
ak juga amat terkejut n terharu kerana melihat std bukit jalil dipenuhi penyokong yg selama ini kedengaran mencaci n memerli pasukan kita kembali memberi sokongan..diharapkan sokongan seperti ini terus utk selama2lamanya...sokongan kita bukan sekadar menang..sokongan kita sepanjang zaman...

apa2pun..walaupun ak mcm xleh pg memberi sokongan..hatiku ttp teguh mengatakn Malaysia mampu membawa pulang trofi suzuki cup ke Malaysia dan ada kuasa baru dalam arena bola sepak Malaysia pada tahun ini...tahniah..!!



sorotan gambar di semi final bukit jalil :




Saturday, December 4, 2010

makin samar....


hanya 0-0 pasukan Malaysia seri ngan jagohan Thailan(yg sebelum ni juga seri dgn LAOS 2-2).pada hemat ak..tidak nmpak dimana kekuatan sebenar thai..kita boleh tgk ketika menentang laos tmpoh hari..mereka turut diasak hinggakan laos mendahului sebnyk dua kali sebulum thai menyamakan kedudukan. smalam kita juga dapat lihat penyerang2 thai seperti tidak mampu merembat kencang kearah gawang gol...kebanyakkan sepakan mereak melencong jauh dr tiang gol apek (khairul fahmi)..ak kira malaysia bernasib baik smalam n berpendapat..negara thai dalam prestasi menurun bola sepak mereka...kita juga boleh tgk mcm mana mudahnya sharul idlan mengelecek bola hngga ke dalam gol thai...tahniah2...pertahanan thai juga dilihat ampuh..nasib la pemain malaysia malas nak backup serangan dari penyerang2 sendiri..kalo x mesti dah mghasilkan gol kt skuad malaysia....

apa2pun tahniah kt skuad malaysia ..taktik bertahan anda x la hebat mana pon..patotnya bolehlah diselang seli dgn caounter attack..baru la bola sepak namanya...ngeh2..-sekadar pandangan org tepi padang-

Wednesday, December 1, 2010

Kedah nak amek balik Pulau Pinang..???

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.


p/s : kalaulah berjaya.....

pasukanku di ganyang.....

apa dah jadi.....

sudahlah lagu Negaraku di selang seli dgn makian Maling n ganyang malaysia, pasukan bolasepak kita teruk dibaham garuda di std gelora bung karno...!!

Diasak sejak awal permainan, Malaysia tetap mampu bertahan dengan baik dan hasil satu serangan balas pantas, Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya menenggelamkan seketika ‘amukan’ pemain tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran lintang Safee Sali.


Serentak jaringan itu, Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika dan masing-masing kelihatan tertekan tapi kembali ceria apabila bola yang membias selepas terkena badan tonggak pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar, menggegar jaring sendiri pada minit ke-22.


Jaringan penyamaan itu ternyata berjaya melonjakkan kembali semangat juang Indonesia dan anak buah Alfred Riedl itu kembali melakukan asakan demi asakan ke kubu Malaysia.


Hantaran lintang Oktavianus Maniani pantas disambar ayam tambatan Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzalez untuk memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-35 dan kedudukan itu kekal hingga pengadil Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel menandakan tamat aksi babak pertama.


Bermula babak kedua, Indonesia menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di tempat sendiri melakukan asakan bertali arus hingga ada kalanya, anak didik Rajagobal kelihatan terkial-kial mempertahankan kubu.


Pertahanan Malaysia sekali lagi menerima padah kerana gagal mengeluarkan bola dan kesempatan itu mudah diambil Muhammad Ridwan menghasilkan gol ketiga Indonesia pada minit ke-59.


Mungkin kepenatan akibat terlalu kerap diasak sedangkan impian Malay sia menambah jaringan kelihatan agak mustahil, Mohamad Muslim Ahmad melakukan kesilapan dan gagal mengawal dengan baik bola sepakan percuma diambil Muhammad Nasuha hingga membolehkan Arif Suyono melakar gol keempat Indonesia pada minit ke-80.


Irfan Haarys Bachdim melengkapkan kemenangan besar 5 -1 Indonesia selepas menerima hantaran lintang Oktavianus pada minit ke-90.


kesilapan pemain no 4 (plg banyak buat kesilapan dia tuh..) asrarudin putra menyebabkan pasukan indon bayk membuat serangan di sebelah beliau...amatlah sedih dgn kekalahan yg teruk ni...

apa2 pun..perbaikilah keadaan sebelum dimalukan lagi oleh thai dan loas...jgn jadikan pasukan malaysia ni sebagai pasukan belasahan..maluu ceekkk oiii!!!

P/S : sematakn perasaan jalur gemilang yg terpampang di dada pemain tuh!!!