Wednesday, December 1, 2010

pasukanku di ganyang.....

apa dah jadi.....

sudahlah lagu Negaraku di selang seli dgn makian Maling n ganyang malaysia, pasukan bolasepak kita teruk dibaham garuda di std gelora bung karno...!!

Diasak sejak awal permainan, Malaysia tetap mampu bertahan dengan baik dan hasil satu serangan balas pantas, Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya menenggelamkan seketika ‘amukan’ pemain tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran lintang Safee Sali.


Serentak jaringan itu, Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika dan masing-masing kelihatan tertekan tapi kembali ceria apabila bola yang membias selepas terkena badan tonggak pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar, menggegar jaring sendiri pada minit ke-22.


Jaringan penyamaan itu ternyata berjaya melonjakkan kembali semangat juang Indonesia dan anak buah Alfred Riedl itu kembali melakukan asakan demi asakan ke kubu Malaysia.


Hantaran lintang Oktavianus Maniani pantas disambar ayam tambatan Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzalez untuk memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-35 dan kedudukan itu kekal hingga pengadil Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel menandakan tamat aksi babak pertama.


Bermula babak kedua, Indonesia menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di tempat sendiri melakukan asakan bertali arus hingga ada kalanya, anak didik Rajagobal kelihatan terkial-kial mempertahankan kubu.


Pertahanan Malaysia sekali lagi menerima padah kerana gagal mengeluarkan bola dan kesempatan itu mudah diambil Muhammad Ridwan menghasilkan gol ketiga Indonesia pada minit ke-59.


Mungkin kepenatan akibat terlalu kerap diasak sedangkan impian Malay sia menambah jaringan kelihatan agak mustahil, Mohamad Muslim Ahmad melakukan kesilapan dan gagal mengawal dengan baik bola sepakan percuma diambil Muhammad Nasuha hingga membolehkan Arif Suyono melakar gol keempat Indonesia pada minit ke-80.


Irfan Haarys Bachdim melengkapkan kemenangan besar 5 -1 Indonesia selepas menerima hantaran lintang Oktavianus pada minit ke-90.


kesilapan pemain no 4 (plg banyak buat kesilapan dia tuh..) asrarudin putra menyebabkan pasukan indon bayk membuat serangan di sebelah beliau...amatlah sedih dgn kekalahan yg teruk ni...

apa2 pun..perbaikilah keadaan sebelum dimalukan lagi oleh thai dan loas...jgn jadikan pasukan malaysia ni sebagai pasukan belasahan..maluu ceekkk oiii!!!

P/S : sematakn perasaan jalur gemilang yg terpampang di dada pemain tuh!!!

3 comments:

Syafiq Rosli said...

aiyoo..apa sudah jadi

mate said...

takyah la peddy...aku rasa takde makne nye malaysia nak layak semi...susah sbb laos pun seri smlm kan...

peddy said...

tu la..kalo tukar defend..may be ada harapan...

Post a Comment