apa dah jadi.....
sudahlah lagu Negaraku di selang seli dgn makian Maling n ganyang malaysia, pasukan bolasepak kita teruk dibaham garuda di std gelora bung karno...!!
Diasak sejak awal permainan, Malaysia tetap mampu bertahan dengan baik dan hasil satu serangan balas pantas, Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya menenggelamkan seketika ‘amukan’ pemain tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran lintang Safee Sali.
Serentak jaringan itu, Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika dan masing-masing kelihatan tertekan tapi kembali ceria apabila bola yang membias selepas terkena badan tonggak pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar, menggegar jaring sendiri pada minit ke-22.
Jaringan penyamaan itu ternyata berjaya melonjakkan kembali semangat juang Indonesia dan anak buah Alfred Riedl itu kembali melakukan asakan demi asakan ke kubu Malaysia.
Hantaran lintang Oktavianus Maniani pantas disambar ayam tambatan Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzalez untuk memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-35 dan kedudukan itu kekal hingga pengadil Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel menandakan tamat aksi babak pertama.
Bermula babak kedua, Indonesia menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di tempat sendiri melakukan asakan bertali arus hingga ada kalanya, anak didik Rajagobal kelihatan terkial-kial mempertahankan kubu.
Pertahanan Malaysia sekali lagi menerima padah kerana gagal mengeluarkan bola dan kesempatan itu mudah diambil Muhammad Ridwan menghasilkan gol ketiga Indonesia pada minit ke-59.
Mungkin kepenatan akibat terlalu kerap diasak sedangkan impian Malay sia menambah jaringan kelihatan agak mustahil, Mohamad Muslim Ahmad melakukan kesilapan dan gagal mengawal dengan baik bola sepakan percuma diambil Muhammad Nasuha hingga membolehkan Arif Suyono melakar gol keempat Indonesia pada minit ke-80.
Irfan Haarys Bachdim melengkapkan kemenangan besar 5 -1 Indonesia selepas menerima hantaran lintang Oktavianus pada minit ke-90.
kesilapan pemain no 4 (plg banyak buat kesilapan dia tuh..) asrarudin putra menyebabkan pasukan indon bayk membuat serangan di sebelah beliau...amatlah sedih dgn kekalahan yg teruk ni...
apa2 pun..perbaikilah keadaan sebelum dimalukan lagi oleh thai dan loas...jgn jadikan pasukan malaysia ni sebagai pasukan belasahan..maluu ceekkk oiii!!!
P/S : sematakn perasaan jalur gemilang yg terpampang di dada pemain tuh!!!
blog yang dihasilkan untuk berkongsi pengalaman..mengembangkan ilmu dan minda...mengisi masa terluang....bla..bla..bla...selamt menjamu mata...~~
Wednesday, December 1, 2010
Friday, November 26, 2010
AFF Suzuki Cup 2010

Piala suzuki ini dulu dikenali sebagai Tiger Cup..acara Dwi Tahunan bagi asia tenggara yg menyaksikan skuad2 utama pasukan bola sepak negara dr asia tenggara ni menunjukkan kemampuan masing2..acara ni amatlah besar ertinya kerana disini lah menguji dimana kedudukan pasukan negara masing2 terutamanya pasukan negara kita, Malaysia.
Pada edisi kali ni berlangsung di Indonesia...salah satu negara yg kita sedia maklum die hard fans dia..ultras nya...yg amat2 luar biasa terutama dalam memberi sokongan terhadap pasukan kebangsaan indonesia...kali ni..pasukan Malaysia mengenakan jersey baru sbg penampilan yg Lain dr yg lain..-kebangkitan pasukan harimau malaya-...diharapkan benarlah kebangkitan yg dicanang2kan itu...

boleh malaysia boleh!!!
Senarai pemain pasukan Harimau Malaya
Goalkeepers
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI
Defenders
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS
Midfielders
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL
Forwards
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH
Coach: RAJAGOBAL R KRISHNASAMY (Malaysia)
Kumpulan Di Suzuki Cup

Jadual Pasukan Malaysia

p/s : dirujuk di...http://www.affsuzukicup.com/about.html
Subscribe to:
Posts (Atom)