Wednesday, December 22, 2010

final suzuki cup 2010



ak antara 50-60k di bukit jalil saksi gol emas Malaysia yg membawa skuad negara kita ke final suzuki cup nih selepas 1996 yg terakhir...

pencapaian team Malaysia pada kali ini tidak ubah skripnya seperti sukan sea yg lepas di mana skuad kita kecundang teruk oleh pasukan Vietnam (tuan rumah) namun kita berjaya mara ke final berjmpa sekali lagi dgn tuan rumah..dan siapa sangka..emas berjaya kita raih setelah sekian lama menanti..apakah penyudah skrip yg sama bakal terjadi..??

provokasi oleh Indon yg menyerang laman2 web bola di malaysia sedikit sebanyak mencerminkan ideologi yg xbertamadun puak2 mereka..bukan semua mcm tu..segelintir yg berfikiran tragis mcm tu je la...

tindakan Fam menghadkan 16000 tiket utk indon amatlah wajar memandangkan kapasiti pekerja indon yg haram mahupun halal mencecah 2 juta di malaysia...kalo FAM tidak menghadkan..sudah pasti warna merah bakal menenggelamkan warna biru@kuning di dkit jalil nanti...

pada semi final yg lepas..ak ngan kawan2 ak dr kedah ke kl sanggup semata2 utk memberi sokongan utk pasukan kita...dan hasilnya mmg berbaloi...
ak juga amat terkejut n terharu kerana melihat std bukit jalil dipenuhi penyokong yg selama ini kedengaran mencaci n memerli pasukan kita kembali memberi sokongan..diharapkan sokongan seperti ini terus utk selama2lamanya...sokongan kita bukan sekadar menang..sokongan kita sepanjang zaman...

apa2pun..walaupun ak mcm xleh pg memberi sokongan..hatiku ttp teguh mengatakn Malaysia mampu membawa pulang trofi suzuki cup ke Malaysia dan ada kuasa baru dalam arena bola sepak Malaysia pada tahun ini...tahniah..!!



sorotan gambar di semi final bukit jalil :




Saturday, December 4, 2010

makin samar....


hanya 0-0 pasukan Malaysia seri ngan jagohan Thailan(yg sebelum ni juga seri dgn LAOS 2-2).pada hemat ak..tidak nmpak dimana kekuatan sebenar thai..kita boleh tgk ketika menentang laos tmpoh hari..mereka turut diasak hinggakan laos mendahului sebnyk dua kali sebulum thai menyamakan kedudukan. smalam kita juga dapat lihat penyerang2 thai seperti tidak mampu merembat kencang kearah gawang gol...kebanyakkan sepakan mereak melencong jauh dr tiang gol apek (khairul fahmi)..ak kira malaysia bernasib baik smalam n berpendapat..negara thai dalam prestasi menurun bola sepak mereka...kita juga boleh tgk mcm mana mudahnya sharul idlan mengelecek bola hngga ke dalam gol thai...tahniah2...pertahanan thai juga dilihat ampuh..nasib la pemain malaysia malas nak backup serangan dari penyerang2 sendiri..kalo x mesti dah mghasilkan gol kt skuad malaysia....

apa2pun tahniah kt skuad malaysia ..taktik bertahan anda x la hebat mana pon..patotnya bolehlah diselang seli dgn caounter attack..baru la bola sepak namanya...ngeh2..-sekadar pandangan org tepi padang-

Wednesday, December 1, 2010

Kedah nak amek balik Pulau Pinang..???

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.


p/s : kalaulah berjaya.....

pasukanku di ganyang.....

apa dah jadi.....

sudahlah lagu Negaraku di selang seli dgn makian Maling n ganyang malaysia, pasukan bolasepak kita teruk dibaham garuda di std gelora bung karno...!!

Diasak sejak awal permainan, Malaysia tetap mampu bertahan dengan baik dan hasil satu serangan balas pantas, Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya menenggelamkan seketika ‘amukan’ pemain tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran lintang Safee Sali.


Serentak jaringan itu, Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika dan masing-masing kelihatan tertekan tapi kembali ceria apabila bola yang membias selepas terkena badan tonggak pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar, menggegar jaring sendiri pada minit ke-22.


Jaringan penyamaan itu ternyata berjaya melonjakkan kembali semangat juang Indonesia dan anak buah Alfred Riedl itu kembali melakukan asakan demi asakan ke kubu Malaysia.


Hantaran lintang Oktavianus Maniani pantas disambar ayam tambatan Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzalez untuk memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-35 dan kedudukan itu kekal hingga pengadil Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel menandakan tamat aksi babak pertama.


Bermula babak kedua, Indonesia menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di tempat sendiri melakukan asakan bertali arus hingga ada kalanya, anak didik Rajagobal kelihatan terkial-kial mempertahankan kubu.


Pertahanan Malaysia sekali lagi menerima padah kerana gagal mengeluarkan bola dan kesempatan itu mudah diambil Muhammad Ridwan menghasilkan gol ketiga Indonesia pada minit ke-59.


Mungkin kepenatan akibat terlalu kerap diasak sedangkan impian Malay sia menambah jaringan kelihatan agak mustahil, Mohamad Muslim Ahmad melakukan kesilapan dan gagal mengawal dengan baik bola sepakan percuma diambil Muhammad Nasuha hingga membolehkan Arif Suyono melakar gol keempat Indonesia pada minit ke-80.


Irfan Haarys Bachdim melengkapkan kemenangan besar 5 -1 Indonesia selepas menerima hantaran lintang Oktavianus pada minit ke-90.


kesilapan pemain no 4 (plg banyak buat kesilapan dia tuh..) asrarudin putra menyebabkan pasukan indon bayk membuat serangan di sebelah beliau...amatlah sedih dgn kekalahan yg teruk ni...

apa2 pun..perbaikilah keadaan sebelum dimalukan lagi oleh thai dan loas...jgn jadikan pasukan malaysia ni sebagai pasukan belasahan..maluu ceekkk oiii!!!

P/S : sematakn perasaan jalur gemilang yg terpampang di dada pemain tuh!!!

Friday, November 26, 2010

AFF Suzuki Cup 2010






Piala suzuki ini dulu dikenali sebagai Tiger Cup..acara Dwi Tahunan bagi asia tenggara yg menyaksikan skuad2 utama pasukan bola sepak negara dr asia tenggara ni menunjukkan kemampuan masing2..acara ni amatlah besar ertinya kerana disini lah menguji dimana kedudukan pasukan negara masing2 terutamanya pasukan negara kita, Malaysia.

Pada edisi kali ni berlangsung di Indonesia...salah satu negara yg kita sedia maklum die hard fans dia..ultras nya...yg amat2 luar biasa terutama dalam memberi sokongan terhadap pasukan kebangsaan indonesia...kali ni..pasukan Malaysia mengenakan jersey baru sbg penampilan yg Lain dr yg lain..-kebangkitan pasukan harimau malaya-...diharapkan benarlah kebangkitan yg dicanang2kan itu...


boleh malaysia boleh!!!

Senarai pemain pasukan Harimau Malaya


Goalkeepers
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI

Defenders
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS

Midfielders
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL

Forwards
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH

Coach: RAJAGOBAL R KRISHNASAMY (Malaysia)

Kumpulan Di Suzuki Cup



Jadual Pasukan Malaysia




p/s : dirujuk di...http://www.affsuzukicup.com/about.html

Monday, November 22, 2010

hidup mmg mcm nih....



"hidup tidak selalu indah..kadang2 kita kt atas..kadang2 kita kt bawah..normal la tuh"..tp ramai yg slalu rasa kita selalu je kt bawah..xpenah pun kt atas..tol x..??
hidup ni sebenarnya dikuasai oleh permainan minda yg sepenuhnya dikawal oleh hati..memang sifat manusia itu tak akan pernah puas dgn apa yg kita ada...sntiasa melihat org yg lebih bernasib baik sdgkan tidak melihat org yg jauh di bawah kita sndri..



xpayah lah kita membandingkan keselesaan bebanding negara2 lain....jenguk2lah jiran2 kita..jenguk2lah kampung2 berhmpiran kita tuh...kt situ pun kita leh nmpak yg kita mmg lg bernasib baik dr mereka..jgn melihat mereka yg lebih jauh sng dr kita..mngkin hari ini mereka lebih bernasib baik dr kita..esok lusa..siapa tahu..??sdgkan jutawan pun boleh jatuh muflis tiba2..siapa sangka..??

sebenarnya yg plg penting dalam hidup ni adalah kebahagiaan itu sendiri..yg dirasa oleh diri sendiri..mcm org selalu ckp..tiada kesempurnaan dalam kehidupan melainkan kebahagiaan..~~

Sunday, November 21, 2010

HDR scene..the amaturr...

akibat dr kebosanan yg amt di kala cuti sem nih..ak dgn semngt yg tiba mula meluak2 blajaq pasai HDR..mula member ak kenalkn kt aku benda ni..ni scene ke 2 ak bljaq..ni xedit pakai adobe photoshop lg..pakai simnple punya...bler la nk bljaq pakai adobe eaa...



ni la teratak ak...umah kampung ni la yg menjadi ak membesar sampai aku besar ni..hehe...btol la org kata...home sweet home...






std darul aman....minat ak yg sapa2 xleh hlg..ada perlawanan ja team Hijau Kuning kt sini...insyaallah ak smpai....hehe

Monday, November 15, 2010

baru belajar2...

baru dua hari ak smpai kt bumi pendang nih..mula2 niat balik nak tolong2 mangsa banjir kt kedah..tp hujan ja kt pendang ni..terbantutlah niat ak disitu...dah dua hari..indeks kebosanan mula menunjukkan tanda...hadduuhh..

besok lusa raya haji...xperlu prepapre apa2 kan..so..just siap sedia blajaq pasai camera udah la...satu term yg ak br jinak2..HDR...nama penuh ak malaih sebut sbb korang pun xpham...org kampung kata..hasil dari gbg2 beberapa gmbr yg sma tp berlainan exposure...lebih kurang mcm tula...

ni gmbq 1st ak..



laman umah aku..kampung ja pun..ni pon syok sndri edit pakai basic2 baru..haha..teknik ni patot lebih molek guna wide lens..tp ak ni br amatur..nanti2 la br beli..mahai kot..ish3x...

best pakai DSLR??








ni ak punya....

best la..mmg ak jenis mudah ikot trend semasa...walaupun ak ni xla upto date sgt pon..ak harap..sapa2 yg mahir2 tu..kongsi2 la ilmu pasai benda2 nih..sharing is caring kan..hehe

Friday, May 14, 2010

ape dah jd...


mula ak nak crita sket pasal tnb kt kwsn ak nih....mula nak nak ttp bekalan..xnaik notis...ok..xpe....start tkar bnda kt pencwg tu kol 6 ptg,....halamak..saat bermulanya thomas cup mesia lwn china...ermm...tu xpntg sgt...knapa start lewat..???ok..den..wat keja..kol 7 ujan mula trun..so..dorang stop la keja tu..aduh...tggu ujan stop..kol 11 br stop..br ada elektrik...yg jd persoalan..kenapa start lewat...tp..bg ak ni..sbar je la..dah keje dorang kan..ish3x...

pasal thomas cup..walaupn ak xtgk..ak dpt info dr member2 dr masa ke semasa...dan ternyata pemain2 mesia tak leyh nak pecah even sentuh tembok besar china..hehe....segala pergerakan pemain dibca cntk oleh pemain2 china..apa2 pun..kempunan lg ak nak tgk thomas cup kt mesia....yg kita menang..sorakan penyokong yg xbelah bahagi...

apa2 pun...MALAYSIA BOLEYHH!!!

Friday, March 12, 2010

nasihat bila dah kawin...rakan2 ku sekalian....

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak
dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan
kertas kerja yang
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan
datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba
datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia
tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya,
dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita
pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu
pada saya. "Buku
baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh,
sekadar melayan.
Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu
dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar
sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena
enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh
pinggan. Alaaa?
bacalah, papa!" Serena merengek sambil
menghentak-hentak kakinya ke
lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!"
saya jerkah
permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat
sungguh kerana
tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak
jelas matanya sedikit
berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena
beredar sambil menoleh
ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara,
"Nanti papa
bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di
pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus
berlalu, seminggu,
dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah.
Setiap kali pulang,
Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari
itu, namun tangannya
tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham
saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena
menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya
mengangguk sambil
tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena
bertanya. "Mama dah
bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya
terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan
kuat-kuat ya! katanya.
Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar
saya tatapi.
Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.
Tiba-tiba terdengar bunyi
suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi
saya cuma terganggu
seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada
akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera
menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat
berfikir, bila
pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik
memanggil isteri
sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu
benar, Serena
terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi
bantuan. Saya terus
pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia
memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri
meraung sekuat
hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil
perlahan namanya
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan.
Tatkala itu
nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina
sayang papa, Ina
sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara
dengar dan tidak
sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat
darah itu dengan
tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi
wajahnya. Tangisan kuat
isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus
memecut. Di hospital,
Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan
kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia
masih tidak sedarkan
diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang
itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi
tersekat-sekat di sisi
katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin
merumbai air mata.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.
Mungkin Serena tidak
dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya
itu. Keesokan
harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada
suara yang kuat.
Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga
Serena, sementara
isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin
terlalu marah dan
kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak
seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena
tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar
untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya
usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula
matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena
mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina
ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga
ke hari ini,
walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit
perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk
diberikan oleh seorang
lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap,
selain air mata
yang tumpah.

Surat Cinta Buatmu Kekasihku 'Ayang'

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang
kat ayang. Time
tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk
ngan kite, kite
dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas
nak jawab. Tang
mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk
soalan tu.
Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj
Mahal. Sayang
kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang
selalu merajuk erk?
Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat
Anugerah
Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite
resit paper.
Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit
biasiswa, lepas
kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit
ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang.
Kalau ade 2 buah
epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan
tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite
tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem
ni ayang lagi
nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem
langsung. Eera
Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau
puji kang ayang
marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time
kite gi tandas.
Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan
Starbucks, kite
tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat
umah kite makan
mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade
girlfriend. Selepas
ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20
boyfriend
kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah
tu ayang kata
kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus
tak pernah tanya
pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye
lagi nak kene
reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite,
cubit peha kite,
kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak
cubit, nak
tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan
laki lain, kite
nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi
bile kite tanya
kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak
buat ape, ayang
kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek
kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300
kite kate harga
RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang
kate harga
RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang,
tapi setiap
tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti
satu discman
baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga
ayang. Sekali
kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan
makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah
kite tinggi
sangat, member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite
datang umah ayang,
kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak
ayang tak pernah
ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing
yang paling cute
kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati.
Ayang tak kate
pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati
kat kite, 2 hari
kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak
kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil
takyah bagitau. 30
ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu
kite nak
pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang
kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday
kite arini ayang
tak pernah ingat.

-Abangmu

Tuesday, November 10, 2009

layu.....

aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur,tak sedar diri
jadi aku menyendiri
memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri membiarkan bunga raya
melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik
mekar dikiri

aku lihat layu dalam melayu
tanahair kita yang punya
kita siram,kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
tiga belas harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa
nenek moyang kaya-raya
jangan sesekali digadai harta bendanya

takkan melayu hilang didunia,
ya.
tapi apa guna tak hilang didunia
kalu kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa,kudrat tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir diluar kotak


kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu


aku jadi sayu
bunga menangis diam mendayu
mahu jadi cantik tapi ragu
aku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuagan kita belum selesai...

Saturday, June 20, 2009

tgk pak cik ni..???hahaha
nape jd mcm ni ni...??hahahaa...............MU mmg boleh...hahaha

surat utk mak...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degi

Sunday, June 14, 2009

malaysiaku terindah..

zoom in malaysia!!!!

akhirnya....abes blaja..dpt aku ke terengganu...meliht negeri penyu bertelur..indah..hehehe..
bertolak dari bumi hijau kuning melalui GRik..perjalanan memakan masa 7 jam...jauh..yg kelihatan sepanjang perjalanan hnyalah bukit2 hijau serta haiwan2 yg bersembunyi di sebalik rimbunan hutan2..mmg mengantok..hahaha..smpai di jeli..terpampang wajah seorng pemimpin..mmg bgga..msuk jeli..nmpk wajahnya...smpai di ganu trus ke kola tergganu..berhenti sekejp di tmpt stadium yg pernah dijadikan kebggaan rakyt..stadium sultan mizan yg baru x smpai setahun siap..sudah runtuh..nak slhkan sape ea..??ntah la...

lepas tu..trus ke pntai ketapang..menginap di satu chalet yg mghairahkan namanya..hehehe..carik sndrik..ptg tu..ingat nak mandi..rupa2nya..seluruh pantai ganu x dibenarkan mandi..cess..tya penduduk tmpatan..mmg xleh..bhya..pnti trus curam..bkn landai..so aku nasihat yg teringin nak pi mandi di ganu..xyah la..bhayz..aku pun agak regret la..tapi x merenctkan holiday aku...then mlm 2 aku pg ke pantai batu burok..nak mkn seafood..cari punya cari..jmpa satu kdai yg ramai org..so..aku brnti mkn..ingat sdp..cess..terkena...xsdp..tp atleast ada rasa la..so..dlm keadaan lapor..mkn je...

besoknya...aku pg la jejalan kt pasar pyg..punya la bz pasar dia..harga ingt murah..lebh krg tmpat aku ja...tp..apakan daya..dah dtg..beli je la..aku pi muzium ganu..perghh..gila punya besar..serious..bsar..plg bsr di malaysia upanya...msuk rm2 je...murah..mmg puas ati la kalo pg situ...


then..aku pg pulau duyong..tmpat monsoon cup..mmg perkmpungn nelayan kt citu..tp 1st class facility..serious...byk boat park..tp boat bgsa kita..boat nelayan je la aku nmpk..huhuhu...
mlm 2 pg la msjid kristal..mmg berwarna warni...then aku pi msjd terapung..yg popular sblim msjd cristal..sdih..mcm xdak pnjaga..kotor..cat tertggal..lmpu rosak..nthala..msjd hya dipelihara utk popular je ke..???



bsoknya..aku ke one of most beutifull island in mesia...PULAU REDANG....perghh..superb..mmg indah...serious..cntk..aku amek pakej snorkling..bg ikan mkn...pengalkam yg btol2 xdpt aku lupakan...huhuhu..bagi aku..yg teringin nak pg ke luarnegara membazirkan wang..bek dtg ke pulau redang..xnyesal punyala..suasana mmg mcm kt oversea..lautnya..pengunjungnya..hahaha....


apa2pun..slamat bercuti!!!!!!

kemana hilangnya bangsa kita..???

salam..post 1st aku..hehehe...nak tgur dan nak ingtkan bangsa peribumi malaysia...

kita boleh lihat susur galur politiking kita..kita boleh nampak ekonomi kita..dan kita boleh rasa perasaan kita..tapi apa yg kita mampu buat utk ubh semua tu..??hny percakapn dan melalui blog shj..adakah hya itu usaha kita..???bolehkah kita ubh semua tu..??adanya pendekatan rancangan tv tempatan mengajak blogers2 utk menanpilkan diri di TV dan mempopularkan wjh msg2 mgkn dpt mgubah semua itu..??tp adakah mereka yg dpt mengubah semua tu menonton tv..??hehehe....mgkn hya satu rncgn biasa..sekadar utk mngmbl hati blogers2 yg semakn terancm dek.....xpela..xleh truskan ayat...bhaya...

apa2 pun...kita mgkn dapat bertahan sekarg..tetapi..anak2 kita nanti..??keturunan mendatang..??fikir2kan....